23 Disember 2015 - 07:47
Presiden Al-Assad sertai sambutan hari kelahiran Nabi Muhammad

Presiden Syria menyertai sambutan hari kelahian Nabi Muhammad (s.a.w) di Damsyik

11
Agensi Berita Ahlul Bait (ABNA24.com) - Presiden Syria menyertai sambutan ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) di masjid al-Akram dan mengikuti solat berjemaah yang imamkan oleh Sheikh Adnan al-Afyoni, di Damsyik.

Menteri Hal Ehwal Agama, Dr. Mohammad Abdel Sattar al-Sayyed berkata, ulangtahun kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w) tahun ini hampir dengan ulangtahun kelahiran Nabi Isa (a.s) yang mana kedua-duanya membawa mesej daripada Allah iaitu mesej perdamaian dan rahmat.

Sambil menegaskan bahawa Syria dan rakyatnya mempunyai teman seperti Iran dan Russia yang memberikan sokongan, negara ini akan meninggalkan perang lima tahun hasil dari konsporasi terhadap Islam dan Syria.

"Namun kita melihat kejayaan sudah bersinar dan harapan sudah jelas, kebenaran sudah terang di tangan wira-wira kita.

"Peristiwa baik terakhir pada tahun ini ialah perhimpunan Krismas dan hari kelahiran Nabi Muhammad (s.a.w)," ujar Mohammad Abdel Sattar.